25 May 2012

masa

Aku bukanlah pengguna masa yang terbaik,tetapi sentiasa ingin melakukan yang terbaik setiap masa.

Jangankan anda tersia tersia masa depan yang baik kerana mensia sia kan masa sekarang yang dikurniakan. Masa yang dah berlalu biarkan berlalu. Sedarlah. Masa berjalan. Menuju kehadapan. Bukan ke belakang. Kita ada akal sempurna dan sihat badan majulah ke hadapan seiring masa. Bukan terkebelakang demi mengejar benda yang seronok yang hanya bersifat sementara. Biar kita makan masa sebaik mungkin, jangan masa yang makan sekenyangnya membiarkan kita terkontang kelaparan.

Fact is yang dekat dengan kita ialah mati. Jadi, dengan jantung yang masih berdetik detik seperti masa yang berjalan sekarang, hargailah masa. Masa belajar, masa bersama keluarga tersayang, masa bersama kawan kawan, masa susah senang seharian dan yang paling penting kena jaga masa berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa wajib lima kali sehari semalam dan infinity amal sunnahNya.




Dan.. Hargai setiap masa bersama takut tak jumpa lagi masa esok untuk bersama-sama. Get it? :p


#Salam Jumaat#

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment